29.2.2008 (Jumaat)
Aku mendapat perkhabaran buruk. Visa aku x lepas lagi. Kununnya masalah teknikal. Duit yang telah di serahkan kepada pihak syarikat yg menyediakan pakej umrah aku tu telah lambat diserahkan kepada pihak atasan mereka. Dari 3 hb Mac, hari berangkat di postponed kan kepada hari Rabu 6 hb Mac. Bengang dan risau. Selalu sgt dengar orang nak pergi Mekah x jadi sbb kene tipu la, visa x lulus lah, tempat dah penuh la. Pernah jg dengar org dah siap bawak beg pergi airport sekali tak dapat jgk pergi sbb visa x de. Sangat risau x dpt pergi.
6. 3 .2008 (Rabu)
Pukul 10 pagi satu family tgh stress. Mak and aku tgh sibuk lagi bersiap nak naik flight. Pergi dengan 2 org makcik aku Mak Na n Mak Itam. Nabil plak tgh tunggu call dari kawan dia. Dia x pergi Kuala Kangsar untuk amik result dia sbb nak hantar kitorang pergi umrah. Pukul 11, kawan dia tak call lagi. Bersiap-siap tiba-tiba phone dia berbunyi. Dengar dia cakap dengan kawan dia penuh berhati-hati, something about physic, sejarah and ad math. Dalam hati terasa mungkin dia x dpt A untuk subjek tu. Letak je telepon dia melompat kegembiraan. Alhamdulillah dia dpt straight 10 A’s. 7 A1 and 3 A2. Very proud of him. Ada jugak anak mak yg dapat result bagus.
Pukul 2 sampai KLIA, dah masuk kan semua beg dan dah dapat Visa. Lega… Visa dah dapat menandakan 99% harapan untuk sampai ke Tanah Haram. Flight pukul 5 ptg waktu Malaysia. Dijangka flight selama 8 jam. Transit di Riyadh selama sejam.
Pakai baju jubah warna merah menyala, rasa mcm penyanyi nasyid plak sbb tudung berglitters. Org lain sume pakai hitam or putih. Malu sgt. Wuhuhuhu.
B4 naik flight nangis masa salam ayah. Dulu masa sakit teruk dulu, ayah bernazar kalau aku sihat nak anto pergi umrah. Thanks dad! Naik flight Saudi Arabia dgn hati yang berdebar n gembira. Baru teringat buku umrah x baca lagi, kursus pun x pergi. Need to study.
7. 3 .2008 (Khamis)
Mmg x suka naik plane. Duduk terperuk dalam tu selama 8 jam. Bosannya. Nak tido pun x boleh sbb excited sgt nak sampai Tanah Haram. Dalam keadaan mengantuk tapi x leh nak tido, baca buku umrah. Tepat pukul 12 malam waktu Jeddah sampai ke pekarangan lapangan terbang. Lepas tu lepak sejam naik pulak bas pergi ke Madinah. Dalam perjalanan Nampak byk pokok kurma kat highway dia. Nampak macam perjalanan nak pergi Shah Alam yg penuh pokok kelapa sawit. Tgk deretan kedai dia tiba-tiba rasa mcm Déjà Vu. Macam pernah bermimpi tempat mcm ni. Pastu tido mati dalam bus. Subuh dalam perjalanan nak pergi Madinah. Solat pertama di bumi Arab Saudi. Tempat dia kotor. Byk sampah. Tapi kebanyakkan keta kat sini beso2x. taxi dia pun Camry. Whoaa!!!
Sampai kat Madinah, masuk bilik hotel dulu. Bersiap-siap nak pergi Masjid Nabawi ziarah makam Nabi. Sangat teruja n excited. Mutawwif (tour guide n also Ustaz) ckp kalau kita bagi salam kat Nabi di makam nya dia akan bangun n jawab salam kita.
Masuk perkarangan Masjid Nabawi rasa kagum. Cantik dan majestic sgt. Macam Hogwarts tapi lagi cantik n real. Sampai makam Nabi hati rasa tersentuh sgt. Menangis sambil mengucap salam pada Nabi. Ntah kenapa rasa sedih sgt terkenang Nabi kita dulu susah payah nak menegakkan agama Islam. N skang depan mata bersemadinya Kekasih Allah manusia yang tiada tolok bandingnya. Kemudian bagi salam pada Saidina Ali dan Saidina Omar, sahabat yg byk berjuang ke jalan Allah. Makam dorang sebelah makam Nabi. Lepas tu pergi Raudah. Taman Syurga di bumi.Dia sebelah kawasan makam tu dan tempat tu berkarpet putih (yg lain karpet merah) Salah satu tempat makbul doa. Mula2x solat taubat kat sana n insaf byk2x. Pastu mintak la doa apa yg patut. Alhamdullilah org tak ramai sgt. Dapat la solat saf depan 2 kali. Kemudian balik ke Hotel n hari tu takde program ziarah (melawat). Jadi dapat la solat fardhu zohor, asar, maghrib n isya berjemaah di Masjid Nabawi.
8. 3. 2008 (Jumaat)
Pagi tu lepas smayang subuh di Masjid Nabawi, kami di bawa ke tempat Ziarah pertama kami iaitu ke Masjid Qhuba. Di dalam masjid ni kalau kita Solat Tahiyatul Masjid, akan diberi pahala sama byk dgn menunaikan sekali Umrah.
Pergi plak Masjid Qiblatain. Kat Masjid ni lah pernah berlaku ada 2 arah Qiblat dalam satu masa. Masa tu berlaku peperangan di bumi Madinah. Nabi pun solat untuk keberkatan umat Islam. Tiba-tiba Nabi dapat wahyu dari Allah untuk mengubah arah kiblatnya (tak salah aku menuju ke arah Palestin). Jadi pada waktu itu ada 2 kiblat dlm satu masa. Tapi waktu tu je lah. Skng jgn plak korang memandai smayang arah Palestin plak.
Kemudian pergi plak ke Masjid 7. Dalam satu kawasan tu ada 7 buah masjid kecik. Tapi byk dah rosak and x salah aku tinggal 1 je skang.
Kemudian kami pergi ke bukit Uhud, tempat berlakunya perang Uhud. Dalam peperangan tersebut syahidnya 40 org sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Hamzah. Bukit ni tanahnya merah x mcm bukit2x lain di sekitar madinah. Menurut Ustaz bukit itu bertukar menjadi merah akibat darah para pejuang Islam yg tumpah di bukit tersebut.
Dan tepat sebelum waktu Zohor kitorang balik semula ke hotel n smayang Jumaat berjemaah kat Masjid Nabawi. Petang tu pulak kami menuju ke Al –Ula berhampiran sempadan Jordan. Tempat ni adalah tempat kaum Nabi Salleh alaiwassalam. Jauh perjalanan 3 jam dari Madinah ke Al Ula. Sepanjang perjalanan aku nampak kawasan padang pasir yg sangat luas. Hanya ada padang pasir dan gunung-ganang tandus. Waktu ni nampaklah bertapa luas nya bumi ni. Gerun pun ade gak sbb tgk blakang padang pasir tgk depan pun padang pasir. Kalau stranded mmg hidup tanpa air. Wuhuhuhu. Sampai di sana waktu maghrib kami terus masuk bilik hotel.Hotel Al- Ula mmg cantik makan pun best. Hotel taraf 4 star menurut ustaz kitorang. Malam tu berehat je kat hotel sbb dh penat travel.
9. 3. 2008 (Sabtu)
Pagi tu lepas breakfast kami bertolak ke Madain Salleh (Bandar Nabi Salleh). Dia terletak hampir dengan sempadan Jordan, jd van kitorang di ascort dgn kereta peronda polis demi tujuan keselamatan.
Kisah di sebalik Madain Salleh ni ialah pada zaman Nabi Salleh, wujudnya kaum Tsamud yang menyembah berhala dan patung kuno. Jadi Nabi Salleh ditugaskan berdakwah dengan kaumnya untuk memeluk agama Islam dan menyembah Allah yg satu. Tapi kaum Tsamud berdegil dan mencabar kepercayaan Nabi Salleh. Mereka pun berkata “Wahai Salleh, kalau benar Allah itu tuhan yang satu, jadikanlah seekor unta dari batu.” Dengan kekuasaan Allah, keluarlah seekor unta betina gergasi dari celah gunung-gunung. Unta tu kalau nak di compare ngan unta zaman sekarang adalah macam Gajah dengan semut. Nabi Salleh berpesan jangan diganggu unta itu kerana Tuhan akan menimpakan bencana kalau unta itu di apa-apakan. Tapi datanglah seorang orang tua perempuan yg kaya dari kaum tersebut yg tidak percaya dgn Nabi Salleh. Dia telah menawarkan kepada sesiapa yg Berjaya membunuh unta tersebut, akan dikahwinkan dengan anak nya yang cantik rupawan. Maka datanglah 3 orang pemuda dari kaum tersebut membunuh Unta itu. Kemudian mereka mahu pula membunuh Nabi Salleh, tapi dengan kekuasan Allah apabila mereka sampai di dpn rumah Nabi Salleh, mereka ditelah bumi hidup-hidup dan mati di situ. Nabi Salleh pula terpaksa melarikan diri. Tapi sebelum itu dia berkata bahwa kaum Tsamud akan di timpa bencana selama 3 hari. Hari pertama muka mereka menjadi merah, hari ke dua muka mereka menjadi berwarna hitam dan hari ketiga berlakunye gempa bumi yg kuat hingga semua orang Tsamud akan mati bergelimpangan. Begitulah berlaku seterusnya. Maka lenyaplah kaum Tsamud di muka bumi Allah.
Nak masuk kawasan Madain Salleh ni, aku nampak byk sgt batu2x terukir sendiri dengan angin.
Kemudian nampak kawasan berpagar yg x byk pantang larangnya. Tempat tu x boleh bersuka ria n tak boleh solat pun dlm kawasan tu sbb tu kawasan penghukuman Allah.
Kat dalam tu ade beratus2x makam-makam lama yg di ukir cantik. Dalam setiap makan ade tempat keranda bagi satu keluarga. Tapi makam2x ni bukan makam2x kaum Tsamud, Ia milik kaum Nabatian, kaum selepas Tsamud. Nabatian ni mcm MiniMe Tsamud jugak. Orgnya lebih kecil dr kaum Tsamud. Kawasn kaum Tsamud terpaksa di tutup dari org awam kerana menurut Ustaz kitorang, gambarannya terlalu mengerikan untuk di lihat oleh semua orang. Nauzubillah hi minas syaitonirajim.
Ada juga satu kawasan stesyen keretapi lama. Dulu ia di bina untuk menghubungkan Jordan dan kota Mekah. Tapi disebabkan adanya perkhidmatan kereta api itu, orang tidak lagi naik unta dan melalui kawasan perdagangan di sepanjang perjalanan ke Kota Mekah. Tak sampai setahun di gunakan, kerajaan Arab Saudi memusnahkan landasan tersebut.
Petang tu pulak kami terus pulang semula ke Madinah. Malam tu aku sekali lagi ke Raudah untuk berdoa. Tenang betul rasa berada di taman syurga. X tau la plak macam mana pula rasanya di syurga sebenar.
Hari tu aku baru sedar byk sangat budak-budak kat Masjid Nabawi ni. Comel-comel sgt budak2x tu sampai mak aku rs nak bawak balik sorang. Mak dorang mmg bawak dorang dtg ke situ. Time smayang berjemaah mak dorang biarkan dorang duk baring sebelah ke atau main dengan bdk2x lain. Selalunya tgh smayang ade je Ochestra (menangis beramai-ramai) oleh dak-dak kecik tu. Mula aku x faham kenapa mak dorang biarkan tapi pastu Mak Na aku cakap Nabi suka sangat budak kecik. Jadi org Arab Madinah (kaum Ansar) suka bwk ank dorang bermain dlm Masjid Nabawi.
N ustaz aku cakap orang Ansar ni kaum yang Arab yang lembut dan berbudi pekerti. Mmg nampak la dorang ni jenis rilek je and baik2x. Kita main ngn anak dorang pun dorang senyum aje. N perempuan-perempuan Arab ni mmg cantik (ni bukan Arab celup yea, ni mmg arab tulen). Kulit putih mulus n cantik2x belaka.
10. 3. 2008 (Ahad)
Hari ni hari terakhir di Madinah. Pagi tu kami ziarah lagi ke beberapa tempat di Madinah. Mula-mula pergi kitorang pergi pulak ke bukit terbakar, salah satu tanda kiamat. Menurut Nabi Muhammad saw salah satu tanda kiamat ialah bila bukit di bumi Madinah terbakar dengan sendirinya. Pada tahun 90, berlakunya kemarau yg sgt panjang di Madinah hingga bukit tersebut terbakar dengan sendiri! Bukan sejam dua, sehari dua atau seminggu dua, tapi berbulan bulan lamanya. Batu kat bukit ni berwarna hitam dan ringan dr batu biasa.
Kemudian kami pergi ke bukit Magnet. Tempat ni magik giler. Masa mula-mula pergi kat sana kena lalu jalan turun bukit naik bas. Bas tu masa nak turun bukit susah sgt. Tekan minyak kuat2x pun jalan slow je. Pastu sampai satu kawasan berbukit bukau, tempat tu jadi sejuk dan berangin. Mcm Cameron highland tu sejuk dia. Kat situ bas driver buat U turn. Kemudian bus tu menaiki bukit. Tapi yang magiknya, naik bukit bus driver tu tak tekan minyak langsung. Bus tu bergerak sendriri naik bukit. Mula-mula slow pastu laju sampai 120 km sejam. Menurut Ustaz, bus tu di tolak oleh kuasa magnet dari bukit tu. Hanya ade 3 tempat je mcm ni kat dunia iaitu kat Madinah, dekat Lubnan n dekat Korea.
Kemudian kami ke ladand Unta berhampiran. Dapat lah minum susu Unta. Sedap gak. N menurut tuan unta tu buih dari susu unta boleh di buat krim muka untuk menegang dan mencantikkan kulit. Mmg betul, dia jadi macam mask bila kering.
Org arab pulak minum susu unta dengan kencing unta. Mula aku geli geleman gak dgr. Tapi rupanya ade hadis Nabi yg cakap minum mcm tu boleh jadi ubat kepada penyakit. Tapi aku x rasa plak nak cuba. Muntah balik rsnya aku nanti.
Kemudian kami ke kilang Quran terbesar di Dunia. Lebih 10 juta naskah Quran di cetak di sana. Aku beli gak 2 keping mini Quran.
Lastly kitorang pergi ladang dan pasar kurma, kat sana kitorang borong kurma banyak-banyak. Kurma paling sedap n mahal (1 kilo 50 rial= RM48) ialah Kurma Nabi. Org yg x suka kurma mcm aku pun suka makan kurma Nabi. Menurut kepercayaan kadang-kadang atas biji kurma Nabi tu ada tertera kalimah Muhammad. Kurma Nabi ni juga salah satu ubat menyembuh penyakit.
Sampai Zohor kami solat Zohor di masjid Nabawi kemudian berwida dengan Nabi (mengucapkan selamat tinggal). Sekali lagi aku nangis sbb sedih sgt. Tak tau bila lagi dapat berjumpa Nabi.
Kemudian kami pun bermiqat (berniat umrah dan berihram) di Bir Ali. Aku ada jumpa kucing Arab yg sgt comel kat sini.
Lepas solat sunat ihram and duha kami pun menuju ke Tanah Haram Mekah Mukarrammah. Sepanjang perjalanan kami ke sana kami membaca Iltizam “ Lab bai kallah, huma la baik, la bai kala syari kalla kalla baik, innal ham da wa nik mata, lakawalmulk, la sya ri kallak..” Entah kenapa perasaan aku bercampur baur masa ni. Rasa macam sedih, gembira, takut dan keliru. Macam x percaya aku dalam perjalanan menuju ke rumah Allah menjadi tetamunya. Tepat pukul 9 malam waktu Mekah kami sampai di sempadan tanah haram. Ustaz pernah cakap, orang Arab Mekah lain dari Madinah, dorang kasar dan kurang bertolak ansur. First impression tgk tanah haram ni tempat dia berdebu dan kotor. Bangunan dia agk kolot dan lama. Orang2x dia pun nampak not as friendly as org Madinah. Bertambah-tambah gerund pulak rasanya. Kemudian sayup2x dari jauh nampak satu bangunan bercahaya indah. Ternampaklah masjidil haram. Hati berdebar sangat. Semakin lama semakin hampir and nampak keputihan dinding Masjidil Haram. Tapi masa ni Masjidil Haram tgh under construction. Byk pencawang dan kren di sekitar nya. Mula-mula kami di bawa ke hotel untuk tukar baju and sebagainya.
Kemudian kami beramai-ramai menuju ke arah Masjidil Haram. Tempat Sai tgh di renovate, nak buat 4 tingkat. Jadi satu lorong baru sementara di bina untuk saie. Pintu Baibusallam di tutup akibat renovation itu. So masuk Masjidil Haram ikut pintu laluan Saie sementara. Tak ramai sgt orang time aku pergi tu sbb kerajaan Arab Saudi x keluarkan lagi Visa Umrah. Dia hanya keluarkan Visa Ziarah (yg aku guna time tu) and limited jumlahnya. Tapi still rasa ramai org sbb nampak sesak laluan saie tu. N tiba-tiba kami sampai ke sebuah pinta besar di tgh2x laluan saie. Dan pada masa tu lah pertama kalinya aku lihat Kaabah yg agung di depan mata. Mmg x tahu nak ck papa. Meleleh air mata tgk kebesaran Allah. Mmg majestic sgt. Kami pun terus menuju kea rah Kaabah dan melakukan tawaf 7 kali. Masa Tawaf la aku first time dpt dekat dkn Hajarul Aswad, Makam Ibrahim dan Hijir Ismail. Terus terang aku ckp dlm TV nampak Kaabah n Masjidil Haram tu besar, tapi real life x lah sebesar yg aku sangka. Tapi still ade aura yg sgt lain ketika melihat Kaabah. Terasa mcm kecil sgt dan hina sgt. Teringat dosa-dosa lama, teringat bertapa bertuahnya aku boleh mengadap kebesaran Allah,macam-macam la aku ingat. Yg peting mmg very emotional time ni, Habis tawaf, aku solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim, kemudian kami menuju kea rah laluan saie. Laluan saie lebih kurang 1/5 km dari Safa ke Marwah. Start dari Safa dan menuju ke Marwah. Alhamdullillah, kederat aku tinggi pulak kali ni. 7 kali berulang antara Safa dan Marwah, aku x semput or pancit. Jalan pun laju jugak dan sekali sekali minum air zam zam yg mmg tersedia di tepi laluan. Tak sampai 45 minit selesai. Lepas tu kami potong rambut sepanjang seruas jari untuk menandakan selesainya Umrah kami. Menurut Ustaz, buat sekali umrah akan terhapuslah semua dosa-dosa kecil sepanjang hidup. Bersyukur but still rs diri ni macam sekecil bayi yang lemah x berdaya nak buat pape kecuali nangis je. X tau nak describe exactly apa yg aku rs masa tu. Balik hotel dgn rasa masih x puas hati. Nak kene tgk Kaabah lagi.
11. 3. 2008 (Isnin)
Pagi tu bangun pukul 4. Subuh masuk pukul 5 dkt Mekah. Jadi siap2x and solat fardhu berjemaah di Masjidil Haram. Org kat sini solat x tunduk pada tmpt sujud tapi solat memandang Kaabah. Pagi ni rs Kaabah cantik sgt. Kelambu dia hitam pekat berkilat. Batu Hajar Aswad duduk di sudut Kaabah macam bunga. Pintu Kaabah yang grand bersalut emas penuh dengan misteri apa di sebalik nya. Makam Ibrahim macam light house di lautan penuh manusia. Dan Hijir Ismail yang bulat macam pagar bulat di tepi Kaabah. Nasib agk baik dapat solat di kawasan Multazam (antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah) antara tempat2x yg makbul doa. Sempat lah jugak b4 solat subuh td solat hajat dan berdoa.
Lepas tu ada ziarah lagi di sekitar Mekah pulak. Mula-mula dorang bawak lagi sekali ke ladang unta kali ini di Mekah. Unta nya sama je dgn Madinah jadi malas nak turun tgk.
Kemudian lalu dekat sebelah Perkuburan Maala. Beribu-ribu sahabat Nabi dan isteri-isteri Nabi di kebumikan di sini. Kalau meninggal di Tanah Haram, akan di solatkan di Masjidil Haram (di belakang Makam Ibrahim) dan kemudian di kebumikan di Perkuburan Maala. Untung sangat kalau meninggal di sini dan di solatkan di dalam Masjidil Haram. Ramai akan solat jenazah untuk kita dan di kuburkan pula dgn sahabat2x Nabi. Kat sini aku rajin solat jenazah sbb menurut kata Ustaz, kalau kita solat jenazah sekali pahala nya sebesar bukit Uhud. Bukan susah sgt solat jenazah. X payah rukuk n sujud, just takbir 4 kali.
Kemudian kami bermiqat sekali lagi untuk umrah kedua. Umrah ke dua adalah sunat untuk aku. Kali ni bermiqat di Hudaibiah. Kalau korang ingat zaman skolah dulu kita ada blajar pasal perjanjian Hudaibiah, iaitu perjanjian antara kaum muslim dengan musyrikin mekah. Belakang Masjid Hudaibiah terletaknya bangunan di mana perjanjian itu di adakan. Bangunan tu dah lama betul, tapi sayang x berjaga. Byk sampah.
Kemudian kami pergi ke Muzium Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dalam tu ada macam-macam artifak yang berkaitan dgn Kaabah dan Masjid Nabawi. Rupanya dulu Kaabah pintunya x bertutup dan pintunya rendah je. N batu Hajarul Aswad tu dulu warna putih, tapi bila di sentuh Kaum Musyrikin Mekah dia menjadi hitam pekat.
Tepat 2 jam sebelum solat Zohor kami menuju semula ke Masjidil Haram untuk Tawaf dan Saie dan menamatkan Umrah ke dua. Hari panas terik. Mak dan makcik2x aku suruh aku jangan berjemur. Penyakit aku boleh dtg balik kalau panas. Dorang nak pergi cium batu Hajarul Aswad. Mak cakap esk pagi baru aku boleh pergi. Aku pn tunggu tempat redup sementara dorang cium Hajarul Aswad. Semasa kita tengah mencium Hajarul Aswad, doa yg kita ingat akan di tunaikan. Jeles tgk mak n makcik2x aku dapat cium Hajarul Aswad. Tapi dengar cakap ibu itu lebih penting dari perkara sunat seperti mencium Hajarul Aswad.
Petang tu lepas Asar shopping area Mekah. Tapi bnyk kedai dah runtuh sbb Masjidil Haram nak di besarkan.
12. 3. 2008 (Selasa)
Pagi tu bangun awal pukul 3 sbb nak pergi cium Hajarul Aswad sblum subuh. Masuk2x Masjidil Haram kene tawaf dulu. Masa Tawaf nampak giliran permpuan untuk cium Hajarul Aswad tgh on. Tapi elok2x habis Tawaf pak guard2x Masjidil Haram tu halau barisan perempuan. Selalunya sebelum solat fardhu kaum Hawa x di benarkan cium Hajarul Aswad sbb nak ready untuk solat jemaah. Time Umrah x ramai org, jadi lelaki boleh solat saf depan dan perempuan saf belakang. Tapi kalau Haji mmg dah campur2x sbb ramai sgt orang.
Kecewa sbb x dpt cium Hajarul Aswad. Mungkin esk pagi pulak.
Lepas subuh kami menuju ke Taif. Lebih kurang 2 jam dari Mekah. Taif adalah kota pertama Nabi berhijrah sblum ke Madinah. Tetapi penduduk Taif berhati keras enggan menerima agama Islam. Mereka mencerca dan menghalau Nabi dari kota mereka.
Kami di bawa ke sebuah masjid di mana Nabi pernah di lempar dgn batu-batu oleh kanak2x Taif. Yang ajaibnya batu-batu itu menjadi lembut bila terkena Nabi Muhammad saw. Terdapat juga satu kesan siku Nabi di masjid tersebut. Tapi dah ditutup untuk memeliharanya.
Kemudian kami ke istana lama di kawasan Taif. Banyak artifak2x lama berkaitan kerajaan Arab Saudi ada kat situ.
Lepas tu kami pergi pulak ke pasar buah yg terkenal di Taif. Macam-macam buah di jual kat sana tapi semua di jual secara borong. Aku merasa makan buah tin segar. Sedap sgt!!!
Kemudian kami pergi ke rumah penumpangan di kawasan perkelahan di Taif. Kat sana kami solat zohor kemudian makan nasi beriyani dengan kambing Hariri. Kambing Hariri ni sedap dan x rasa tengik tapi mahal harganya.
Sebelum kami pulang dari Taif kami bermiqat sekali lagi untuk Umrah kali ke 3 pulak. Kali ni boleh buat untuk orang lain. Aku niat buat umrah kali ni untuk Opah Satariah aku (opah belah ayah). Dia tak sempat pergi ke Mekah sepanjang hidup dia. Miqat kat Jaranah.
Sampai semula ke Mekah sblum Maghrib. Lepas Maghrib sempat lah habiskan tawaf dan saie 4 round. Pastu solat Isya and smbg lagi 3 round Saie. Malam tu tergerak hati nak jugak cium Hajarul Aswad. Jadi lepas Saie aku pergi lah ke kawasan Hajarul Aswad.
Tgh nak cuba cium hajarul Aswad aku baru perasan sesuatu. Dulu aku x faham kenapa dalam Islam wanita tidak boleh menjadi ketua dan kita banyak juga kekurangan dari segi menjadi saksi, hak cerai talak dan kahwin hanya dengn seorang.
Tapi waktu aku nak cium Hajarul Aswad barulah aku nampak bertapa wanita itu x layak menjadi ketua kerana kita terlalu mengikut perasaan.
Orang lelaki nak cium Hajarul Aswad beratur elok2x. Semua dapat cium dengan hanya sedikit sabar.
Tapi orang perempuan, rebut2x nak cium Hajarul Aswad. Sanggup bertolak, bergaduh mulut, menolak kepala dan berhimpit-himpit. Buat Dosa untuk buat perkara yang sunat.
Aku mampu beristigfar byk2x. Alhamdullilah, dapat jugak cium Hajarul Aswad walapun lambat sikit. Masa cium Hajarul Aswad sebenarnya tak tahu nak doa apa. Tapi elok2x cium terlintas lah hasrat di hati dgn sendiri. Apa hasratnya? Ooooo xleh cakap. Doa yang makbul tak leh cerita kat org. =p
13. 3. 2008 (Rabu)
Sbb penat sgt malam semalam, pagi tu malas nak ikut ziarah. Tak salah ziarah hari tu pergi ke Makan Siti Khatijah dan Qarnul Munazil. Lepas subuh sempat lah sambung tido sejam. Lepas tu kami berempat (aku, Mak, Mak Na and Mak Itam) pergi berijtikad di masjid (lepak masjid la lebey kurang). Kami pergi Masjidil Haram solat dhuha dan tawaf sunat. Nak di jadikan cerita nasib agak baik pagi tu, tak ramai orang dekat HajarulAswad. Dapatlah cium lagi sekali. Masjidil Haram plak tgh under construction, jadi xde gurad jaga dpn pintu masuk. So kesempatan ini aku amik untuk tangkap gambar byk2x. Tapi berani amik kat bahagian atas sbb takut guard nampak nanti dia rampas.
Balik dari Masjid sessi shopping. Beli jubah lagi satu. Kat Madinah dah beli 3. X tahu bila nak pakai tapi beli jugak sbb cantik. =p~
Di antara kedai-kedai barang ni ada satu masjid dinamakan Masjid Kucing. Dulu di panggil Masjid Bendera sbb semasa Nabi Muhammad nak menakluk semula Kota Mekah, bendera telah di pacak di tempat ini. Tapi nama masjid ni ditukarkan disebabkan satu peristiwa. Pernah terjadi seorang pak cik tua ni suka bela kucing. Nak dijadikan cerita satu hari dia telah meninggal di masjid bendera tu. Tapi takde sape yang perasan. Tapi kucing-kucing dia sedar tuan dorang dah meninggal, ramai2x pergi telaga zam-zam minum air di situ dan bawak ke masjid bendera seakan-akan ingin memandikan mayat tuan mereka. Barulah orang tahu, pak cik tua tu dah meninggal. Sejak itu Masjid Bendera mula di kenali sebagai Masjid Kucing.
Mak Na cakap org tempatan kata bila azan kat masjid ni, kucing-kucing akan melompat2x gembira. Teringin plak nak tgk kucing melompat kegembiraan.
Kemudian ada satu masjid ni dinamakan Masjid Jin. Menurut Ustaz, di tapak masjid tu lah Nabi Muhammas berjaya mengislamkan sebahagian jin-jin di bumi ni. Ustaz aku cakap juga, kalau kita solat sorang2x dekat masjid tu, kita baca Fatihah nanti ada suara-suara misteri mengaminkan al fatihah ko tadi. Scary jgk dgr.
14.3.2008 (Khamis)
Pagi ni aku decide nak ikut Ziarah and also buat Umrah lagi sekali. Kali ni nak buat untuk atuk belah ayah aku. Bukan aku x nak buat belah mak aku, tapi belah mak aku, opah aku hidup lagi dan atuk belah mak aku dah ramai dah anak-anak dia pergi Mekah and buat umrah untuk dia. Aku decide nak pakai baju jubah abbaya (serba hitam) aku hari ni dengan tudung serban kotak2x hitam putih yg aku baru jgk beli smalam. Elok2x aku tgh lepak dpn Hotel tunggu bus tetiba aku baru perasan tudung aku sama sepesen dengan kain serban sorang mamat ni. Rasa macam nak tukar tudung. Tapi terlambat, bus dah datang. Bedal je lah. Hari ni nak pergi Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Gua Hiraq.
Aku pergi Jabal Thur hari tu dgn sedikit perangai buruk. Aku tak dengar penerangan yg Ustaz bagi tapi aku duk sibuk teruja dengan kedai-kedai batu dan cenderemata kat situ.Tapi tak salah aku Nabi pernah lari dari ancaman Musyrikin Mekah dan bersembunyi di bukit ni. Di bukit ni lah labah-labah buat sawang depan pintu gua bagi memperdayakan kaum musyrikin Mekah dari menyangka Nabi ada di dalam gua. Ada juga cerita burung merpati juga bertelur di situ supaya nampak macam Nabi x pernah masuk gua tu. Cuma cicak je yg bising2x seakan-akan ada orang di dalamnya. Sebab itu lah sunat bagi kita untuk membunuh cicak.
Aku beli sekor unta and dan dua keping poster. Satu gambar Kaabah dan satu gambar Masjid Nabawi. Unta aku sangat comel. Dia boleh berzikir dan matanya bercahaya. Cute habis.
Kemudian kami pergi Jabal Rahmah di padang Arafah. Ni tempat …ehem2x…doakan jodoh. Dekat bukit ni la Nabi Adam dan Hawa bertemu semula setelah terpisah semasa di campak ke bumi dari syurga. Mereka di hukum oleh Allah apabila Nabi Adam telah memakan buah larangan di syurga atas hasutan Hawa. Kat atas bukit ni ada satu tiang yg penuh nama-nama kapel atsnya. Kununnya bagi menguatkan jodoh. Kurafat betul!
Kat kaki bukit pulak banyak unta-unta berhias. Unta-unta tu boleh ditunggangi dengan bayaran 10 rial atau boleh jugak untuk tangkap gambar je dgn bayaran 5 rial.
Aku teruja so aku pun duk atas unta tu dan tangkap gambar.
Pastu kitorang pergi tgk kawasan2x Haji macam dekat Mina (melontar jamrah) dan Muzdalifah (bermalam)
Kemudian kami lalu di kaki bukit Hiraq di mana adanya Gua Hiraq, tempat turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad. Kalau korang ingat dulu masa tingkatan 5 kita ada belajar Malaikat Jibrail turun ke bumi dan memaksa Nabi membaca padahal Nabi masa tu buta huruf. Setelah di paksa, akhirnya Nabi Muhamma di ajar oleh Jibrail membaca dan ayat pertamanya ialah Alif Lam Min, Iqra Bis mirab biqal lazi kha laq…
Haaa kat dalam gua ni lah turunnya ayat tu.
Kemudian kami pergi lah bermiqat di Tanaim hari tu. Pastu mengerjakan umrah ke 4. Sekali lagi aku dapat masuk kawasan Hijir Ismail untuk berdoa dan solat sunat. Menangis bila terkenang mak aku yg byk berjasa pada aku. Doa banyak-banyak untuk mak dan ayah.
Malam ni adalah malam terakhir aku kat Mekah. Seriusly rs x nak balik. Kalau boleh nak mati kat sini. Tapi bukan semua orang berpeluang bersemadi bersama-sama sahabat-sahabat dan perjuang Islam di Tanah haram ni.
15. 3.2008 (Jumaat)
Hari terakhir di Mekah. Pagi tu kami pergi ziarah terakhir di Mekah iaitu ke Muzium persendirian milik seorang penduduk di Mekah ni. Muzium ni agak tak berjaga dan tersusun tapi macam-macam benda ko boleh jumpa kat dalam nya. Semoat gak aku tangkap gambar dgn tuan punya Muzium.
Habis ziarah, kami semua ready untuk Tawaf Wida. Tawaf Wida ni tawaf selamat tinggal sebelum meninggalkan kota Mekah. Lepas makan tengah hari, kami meneruskan Tawaf Wida sebanyak 7 pusingan. Lepas tu lepak jap dlm Masjidil Haram dan solat Asar berjemaah. Typical emotional person like me, mula lah meleleh air mata bila pandang Kaabah buat kali terakhir sebelum pergi. Sedih sgt. Aku berazam nak simpan lagi duit untuk dating lagi ke sini. Insyaallah aku nak buat Haji pulak. Nasihat aku pada semua kawan-kawan, kalau nak pergi Umrah atau Haji, pergilah waktu masih muda, masih kuat dan masih tak banyak dosa. Dah tua nanti jalan pun x larat, inikan pula nak buat ibadah. Memang penat tapi semuanya berbaloi.
Tepat pukul 5.30 kami semua dah naik bas menuju ke Jeddah. Jeddah ni tempat dia dh tak macam Madinah and Mekah. Tempat dia dah modern dah. Banyak funfair dlm perjalanan nak pergi Jeddah. Orang-orang Arab dia pun dah nampak sexy2x kat sini. Tv dia mak aih, pelakon sexy2x. Tapi dorang bukan semuanya Islam, ada jugak yg bukan Islam menetap di sini. Tapi tak salah aku, org perempuan yg Islam dan bukan Islam di Arab ni wajib pakai pakaian sopan dan bertutup kalau tak kene saman. Bertutup maksudnya baju tu sampai lengan dan seluar sampai buku lali. Tudung is not compulsory.
Kedai-kedai2x dia pun jenis yang branded2x dan mahal. Standard macam Jalan Bukit Bintang kat KL la. Tapi kat sana dia dipanggil Ballad Street. Hotel kitorang kat sini cantik. Lagi cantik dari hotel di Al –Ula.
Masa ni semua orang dah mula gelak2x dan berguran senda. X macam mula pergi Mekah. Semua org dia dan tawadduk je.
22.3. 2008 (Sabtu)
Pagi tu bersiap-siap dan bergerak keluar hotel. Kami pergi Ziarah ke Laut Merah dan Masjid Terapung. Laut Merah ni la di mana Firaun mati akibat di telan laut. Nabi Musa lari kea rah laut ketika Firaun nak membunuhnya. Dengan menggunakan tongkatnya Nabi Musa berjaya membelah lautan untuk lari. Firaun dan konco2x nyamengejar tapi akhirnya di telan laut dan mati di situ.
Tapi truthfully, aku x rasa pun laut merah tu merah. Biru kehijauan je aku tgk.
Tepat pukul 3 kami berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Pukul 5 naik flight pulang semula ke.
23.3.2008 (Ahad)
Pukul 10.30 pagi aku dan yg lain selamat sampai ke Malaysia.
Terus terang aku cakap, aku x pernah rasa seronok macam ni. Pergi Umrah ni banyak menunjukkan aku sikap manusia dan sikap aku sendiri. Kalau dulu aku byk fikir soal remeh-temeh kehidupan di dunia. Tapi bila pergi Umrah, baru aku sedar hidup kat dunia ni sementara sahaja. Kat akhirat nanti lah kekal selamanya. Dan aku sedar kiamat dah dekat sangat. Hopefully kita takkan tergolong dalam kaum paling hina di muka bumi ini iaitu kaum yg akan menghadapi hari kiamat.
Nasihat aku, tgh sihat walafiat dan muda lagi ni, kita kumpullah duit pergi Umrah n Haji. Dah tua tak berdaya nanti kita akan byk terkilan sbb x dapat buat ibadah dengan sepenuhnya. Aku mengaku aku sgt bertuah dapat pergi dlm usia muda, ketika kuderat masih ada dan otak masih tenang. Insyaallah kalau ade rezeki mmg aku pergi lagi.
2 Comments:
aku hampir menangis baca catatan ko ni nazi..sayu je..aku akan kesini juga nanti...aku baca n tgk2 gambar mcm aku pun pagi sama..xcited...huhuhu
aku nak pergi jugak..insyaallah..doakan aku sampai kat sana..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home